PROGRAM LAWATAN KEMBARA KE PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) SABAH 2024 OLEH YANG BERHORMAT TIMBALAN KETUA MENTERI II MERANGKAP MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN SABAH KE MAJLIS DAERAH NABAWAN. [2024-02-19]


Program Lawatan Kembara ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sabah oleh Timbalan Ketua Menteri II Merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Yang Berhormat Datuk Seri Dr Juachim Gunsalam ke Majlis Daerah Nabawan telah diadakan pada 19 Februari 2024 jam 3.00 petang. Turut hadir bersama adalah Pembantu Menteri I Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Yang Berhormat Datuk Isnin Aliasnih, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Jamili Nais, Setiausaha Rendah Operasi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Puan Asiah Ismail. Rombongan disambut oleh Pegawai Daerah Nabawan Tuan Peter Jiton merangkap Pengerusi Majlis Daerah Nabawan, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Nabawan Tuan Mumin Amsah, Ahli-Ahli Majlis dan Kakitangan Majlis Daerah Nabawan.